JENAMA ANDA

FREEBIES

SERVIS LAIN

Khidmat design
Printing Sticker

SUPPORT

SYAHERA PERFUME HQ 2010-2019
Pengilang & Pemborong Perfume Inspired 

Unbox review perfume Katy Perry Purr

May 16, 2017

 

Hi..Post kali kali saya akan review perfume Katy Perry Purr by Katy Perry. Perfume ini antara hot selling perfume perempuan di Malaysia. Bau perfume ini sweet dan bagi saya target maket untuk perfume ini untuk untuk remaja perempuan.

 

Saya dapat banyak PM di facebook pertanyaan cara nak kenal pasti perfume Katy Perry Purr ini antara original dan tiruan. Dari pemerhatian saya, terdapat perfume tiruan dijual pada harga original terutamanya di marketplace online terkenal. Cara penipuan mereka menggunakan gambar dari google sebagai iklan dan menawarkan jaminan wang dikembalikan (money guarantee back).

Lepas ni hati-hati ya kerana bukan semua yang menawarkan money guarantee back adalah barangan original (bagi perfume), kerana mereka tidak kisah refund semula wang  anda, kerana modal yang dikeluarkan mereka rendah berbanding keuntungan yang berlipat kali ganda. Katakan perfume fake RM15, tetapi dijual pada harga original. Wow, banyak untung.

 

Sekiranya anda ingin membeli perfume secara online, sila dapatkan info lanjut dari seller seperti gambar real perfume dan  batch no kerana banyak seller yang jual cuma cedok je gambar dari google kemudian iklan. Jom kita tengok perbezaan perfume Katy Perry original dan tiruan. 

 

 

1. OUTSIDE COVER

 

‘Outside cover’ ini tidak semua perfume ada. Bergantung kepada brand. Jadi untuk Katy Perry ni perfume ni ada outside cover. Anda boleh lihat perbezaan antara perfume original dan perfume tipu.

  • Perfume Original
    Cetakkan lebih jelas dan HD.
    Terdapat cetakkan Eau de Parfum
    Terdapat kandungan isipadu dalam ml dan oz

  • Perfume Fake
    Cetakkan pudar
    Tidak terdapat cetakkan Eau de Parfum dan isipadu.

 

2. KOTAK PACKING DEPAN

 


Packing untuk perfume Katy Perry berwarna silver. Hampir 99% sama, tetapi dari segi kualiti dapat dilihat silver pada fake perfume sedikit bewarna kuning.

 

Perfume Original

- Cetakkan bewarna puple.

- Tulisan eau de parfum semuanya lowercase.

- Isipadu perfume dicetak ditengah2 kotak.


Perfume Fake
-Word Purr,by, dan misai kucing bewarna pink.
-Eau De Parfum ditulis dalam bentuk capatalized case
-Isipadu berada disebelah kiri bagi ml dan kanan kotak bagi bacaan oz

 

 

3. KOTAK PACKING BELAKANG

 

Sebelah kiri original dan sebelah kanan fake.

 

 

Terdapat banyak perbezaan pada cetakkan belakang kotak perfume Katy Perry Original dan Fake. Sangat mudah untuk detect. Anda boleh rujuk pada gambar diatas.

 

 

4. CETAKAN BAWAH KOTAK

 

 

Ini antara part paling penting untuk diketahuai. Terdapat batch no pada bawah kotak. Bagi gambar di atas Batch No untuk perfume original ini adalah 5111. Anda boleh semak batch no ini di laman web ini. Maklumat yang anda perolehi dari Batch No ini adalah tarikh dikeluarkan dan juga umur perfume ini.

 

 

5. INNER BOX

 


Bahagian inner box perfume Katy Perry Purr original bewarna putih manakala fake bewarna purple.
 


6. BOTOL PERFUME

 

Jom kita lihat perbezaan botolnya pula. 

 

Bahagian bawah botol perfume original dan fake jelas berbeza. Batch no untuk perfume original Katy Perry terletak di tengah manakala fake perfume Katy Perry terletak di sebelah kiri.

 


Jika sekali pandang memang sama kedua-dua perfume ini. Memang sukar untuk dibezakan botol original dan fake. Tetapi pada bahagian matanya, perfume original lebih shinning dan fake perfume mata kucing sedikit pudar.

 

 

Cuba lihat pada keychain love pada leher botol kucing ini. Untuk perfume original anda boleh lihat terdapat kedua-dua word emboss Purr tetapi untuk perfume Katy Perry tiruan hanya sebelah sahaja word emboss Purr. Ini merupakan cara termudah untuk anda detect sama ada perfume tersebut fake atau original.

 

 

7. SAIZ CAP SPRAY NOZZLE

Nozzle spray perfume original lebih besar berbanding perfume fake. Keychain pula untuk original ketat dan susah nak buka, tapi untuk pefume fake keychain mudah tertanggal.

 

 

 

8. BERAT
Antara faktor lain yang boleh diambil kira adalah berat. Sebagai contoh perfume CH212 Men sukar untuk detect dimana original dan fake  kerana dari segi luaran memang hamper 99% sama! Tetapi jika ditimbang perfume original CH 212 Men original beratnya lebih ketara berbanding fake. So jom kita lihat perfume mana lagi berat =)

 

 

 Perfume Original : 340gram

 Perfume Fake : 334gram

 

Perbezaan berat untuk perfume Katy Perry agak kecil. Perfume original sedikit lebih berat. Perlu diingatkan tidak semua perfume original lebih berat berbanding perfume tiruan.

 

Drop komen dibawah sekiranya ada info tambahan. Sekiranya ianya bermanfaat anda boleh share artikel ini. Jumpa lagi artikel akand datang.

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Di baca oleh