JENAMA ANDA

FREEBIES

SERVIS LAIN

Khidmat design
Printing Sticker

SUPPORT

SYAHERA PERFUME HQ 2010-2019
Pengilang & Pemborong Perfume Inspired 

Apa itu perfume inspired?

June 20, 2017

Perfume inspired merupakan perfume yang diilhamkan dari perfume original. Diilhamkan dari segi apa? Botol? Saiz? Ohh tidak...Ianya diilhamkan dari segi bau dan ketahanan perfume tersebut. Senang kata, kalau guna perfume inspired ni lalu sebelah orang, mesti orang kata dia ni pakai perfume original ni. Bau dia memang kuat dan wangi.  
 

 Pastikan anda membeli perfume inspired dengan label seperti dalam gambar diatas kerana terdapat fake perfume inspired perfume menggunakan nama Syahera Perfume HQ.

 

 

Sedikit sejarah perfume inspired, perfume ini mula viral di Malaysia pada 2015. Sebelum tu pun sudah wujud cuma tak popular je. Ketika itu yang popular adalah perfume Dubai dan original reject. Kenapa perfume Dubai dan reject dah sepopular dahulu? Nanti saya ceritakan..Tambahan dengan wujudnya jutawan-jutawan perfume yang menjual perfume inspired ramai orang mula menyedari dan buka mata kemampuan perfume ini boleh pergi jauh. 

 

Jika dilihat pada botol, ianya tidak secantik perfume original, tetapi jika dibandingkan kualitinya memang ummmmmpphhhhhh. Mantap bro !! Mana taknya ketahanan perfume inspired sekitar 8 jam keatas malah ada feedback dari pelanggan ketahananya mampu bertahan sehingga 1-2 hari pada baju. Memang xtipu, anda xpercaya cuba dulu sebotol pasti jatuh cinta =)

 

Kepekatanya EDP. Lebih pekat dari EDT. Jika di shopping mall perfume berkepekatan EDP mahal tetapi dengan terciptanya perfume inspired ini, tambahan dengan kualiti EDP dan harganya jauh lebih murah pasti menjadi pilihan utama. Why pay more if you have choice? 

 

Adakah perfume berbentuk cylinder 35ml itu sahaja perfume inspired yang tahan lama? Ini antara soalan yang kerap diterima. Tidak! Botol boleh dipilih mengikut citarasa anda. Tetapi untuk botol cylinder 35ml ianya sangat popular buat masa ini. Ya buat masa ini. Kami yakin perfume inspired mampu pergi jauh marketnya tetapi dari segi botol dan packing pastinya berubah-rubah dari masa kesemasa mengikut perfume inspired yang viral dipasaran.

 

Trend orang mula menyukai perfume inspired ini adalah disebabkan  ianya mudah dibawa travel. Yalah nak travel bawa botol perfume 100ml besar sangat, pastu takut pecah pula, sayang ohhh...Jadi bawalah perfume inspired. Lebih mudah dibawa kerana saiznya compact dan comel. 

 

Satu lagi faktor yang menyebabkan orang menyukai perfume inspired adalah ianya produk mesra solat, Anda tidak perlu was-was memakai ketika solat kerana tiada campuran bahan yang dilarang islam. Walaupun ianya terdapat alkohol dalam campuranya, ianya adalah alkohol untuk minyak wangi. Bukan alkohol yang minum tu. 

 

 Menarikanya anda boleh jenama perfume ini kepada jemama perfume anda sendiri. Ramai peniaga perfume inspired juga sudah berjaya menjana pendapatan malah ada yang bergelar jutawan!

 

 

Malah apa yang bestnya perfume ini anda boleh branding kepada jenama anda sendiri. Eh macam mana tu? Bukan nak branding jemana sendiri kena order MOQ yang tinggi ke? Itu dulu ...sekarang anda hanya perlukan minimum serendah 10 botol untuk cipta jenama anda. Iya...bukan 1000, bukan 100 tapi 10 botol sahaja. Macam mana nak branding jenama sendiri? Klik disini cara branding perfume jenama sendiri

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Di baca oleh