JENAMA ANDA

FREEBIES

SERVIS LAIN

Khidmat design
Printing Sticker

SUPPORT

SYAHERA PERFUME HQ 2010-2017
Pengilang & Pemborong Perfume Inspired

Kenapa perfume inspired kami terbaik?

June 19, 2017

Perfume inspired kini sememangnya viral di Malaysia. Mana taknya, walaupun bersaiz kecil tetapi kualitinya sangat bagus dan harganya juga mampu milik. Kami di Syahera Perfume HQ sebagai pengeluar perfume inspired ini senaraikan kelebihan perfume inspired keluaran kami ini :
 

 

1. KUALITI EDP
Kebiasanyaan, walaupun perfume yang mahal di shopping mall, kualiti perfume adalah Cologne, EDT. Kepekatan EDP sangat mahal dan kebiasaan 30% pun dianggap EDP. Tetapi tahukah anda kepekatan perfume inspired kami sehingga 75% pati! 

 

2. TAHAN LAMA
Tahan lama adalah suatu sifat yang subjektif bagi pengguna. Jika diberikan perfume yang sama dengan kualiti yang sama kepada 10 orang yang berlainan, saya yakin respon ketahanan dari setiap individu adalah berlainan jawapannya. Tetapi, alhamdulillah 99% feedback pelanggan yang membeli dengan kami menyatakan perfume inspired kami tahan 8 jam keatas. Malah ada feedback pelanggan ketahanan bau sehingga 1-2 hari masih melekat pada baju. Amazing!

 

3. EUROPE KUALITI

Bahan asas menghasilkan minyak wangi inspired ini datangnya dari eropah. Kami import dari France, Swiss, Spain dan Germany. Pati minyak wangi kami gunakan adalah original! Bancuhan dan penghasilan bau menyerupai perfume original adalah resipi rahsia kami.

 

4. BAU MIRIP ORIGINAL

Ini merupakan part paling sukar untuk menghasilkan perfume inspired. Pati minyak wangi tidak berbau seperti perfume mahal di pasaran (baunya lebih mirip kearah bunga & buah). Tetapi cara dibrew serta bahan rahsia campuran mampu menjadikan perfume inspired kami hasilkan setanding perfume original. Tahna lama! Kajian demi kajian kami jalankan, sekiranya ada feedback negatif tentang sesuatu bau kami akan kaji. Tetapi kini kami yakin perfume inspired kami adalah terbaik dan bau 90-99% sama seperti perfume jenama yang mahal.

 

5. MESRA SOLAT
Tiada bahan larangan yang bercanggah dengan Islam kami gunakan. Insyallah penggunaan perfume ini sah dibawa solat. Alkohol yang digunakan adalah dari tebu. Anda tidak perlu was-was.

 

6. MUDAH DIBAWA

Saiz yang compact dan comel membolehkan anda bawa ianya travel ke mana-mana tanpa risau. Malah botolnya tidak mudah pecah. Kami sudah jalankan drop test. Ya nampak kelakar kan..heheh tetapi itulah hakikatnya bagi memastikan bukan sahaja perfume berkualiti tetapi botol juga berkualiti (Jika ada masa saya buat video drop test botol). Botol perfume ini sangat tebal (boleh bezakan dengan botol perfume bersaiz 35ml yang lain). Point disini sebenarnya mudah dibawa. Sesuai jika dibawa masuk ke dalam handbag atau beg anda semasa ke tempat kerja atau travel.

 

7. BUATAN MALAYSIA

Kami bangga dengan produk yang kami hasilkan. Bukan riak tapi bangga =) Kenapa? Kerana bagi kami perfume inspired keluaran kami adalah killer product yang pernah kami hasilkan sepanjang dalam perniagaan minyak wangi. Kami ada pengalaman supply perfume Dubai, Original Reject. Tetapi apa yang membezakanya adalah repat order dari pelanggan (kebanyakkan dari perfume owner). Repeat order yang tinggi bermakna pelanggan suka akan produk anda  anda keep buying  dan setia terhadap produk anda. Faktor utama adalah kualiti dan harga. Tidak salah kami katakan perfume inspired kami hasilkan jauh lebih baik dari perfume original yang ada di pasaran! 

 

8. ANDA BOLEH BRANDING JENAMA ANDA SENDIRI

Part yang best, bina perfume jenama ada sendiri. Jika sebelum ini untuk menghasilkan jenama minyak wangi amat sukar dan memerlukan kos yang tinggi kerana anda perlu menempah dalam MOQ yang tinggi kebiasaan 1000 botol. Kami cuba cari jalan penyelesaian masalah ini. Apa yang kami buat adalah membuat production perfume inspired dalam kuantiti yang banyak dan menyediakan ready stok (risiko kami sangat tinggi !) Tetapi kami yakin kualiti perfume kami yang terbaik dapat dijual. Anda kini boleh memborong perfume inspired dengan kami dengan minimum kuantiti serendah 10 botol sahaja. Dengan 10 botol sahaja anda boleh membina jenama anda sendiri. Cara bina jenama perfume sendiri

 

9. MEMBINA BISNES BERSAMA
Alhamdulillah, dengan perniagaan ini, kami dapat sama-sama membantu perfume owner untuk menambah pendapat. Win-win situation. Ada brand owner perfume mampu menjana puluhan ribu sebulan dengan perfume jenama mereka. Ikhlas, kami sangat gembira atas kejayaan mereka. 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Di baca oleh