Unbox review perfume Katy Perry Purr


Hi..Post kali kali saya akan review perfume Katy Perry Purr by Katy Perry. Perfume ini antara hot selling perfume perempuan di Malaysia. Bau perfume ini sweet dan bagi saya target maket untuk perfume ini untuk untuk remaja perempuan.

Cover Luar Katy Perry Purr

Saya dapat banyak PM di facebook pertanyaan cara nak kenal pasti perfume Katy Perry Purr ini antara original dan tiruan. Dari pemerhatian saya, terdapat perfume tiruan dijual pada harga original terutamanya di marketplace online terkenal. Cara penipuan mereka menggunakan gambar dari google sebagai iklan dan menawarkan jaminan wang dikembalikan (money guarantee back). Lepas ni hati-hati ya kerana bukan semua yang menawarkan money guarantee back adalah barangan original (bagi perfume), kerana mereka tidak kisah refund semula wang anda, kerana modal yang dikeluarkan mereka rendah berbanding keuntungan yang berlipat kali ganda. Katakan perfume fake RM15, tetapi dijual pada harga original. Wow, banyak untung.

Sekiranya anda ingin membeli perfume secara online, sila dapatkan info lanjut dari seller seperti gambar real perfume dan batch no kerana banyak seller yang jual cuma cedok je gambar dari google kemudian iklan. Jom kita tengok perbezaan perfume Katy Perry original dan tiruan.