SYAHERA PERFUME
SUPPLIER PERFUME LONG LASTING
-SINCE 2010-
SIAPA KAMI
Syahera Perfume HQ merupakan pengilang dan pemborong perfume inspired.Berpengalaman 8 tahun dalam bidang minyak wangi. Kami menerima OEM untuk membina jenama perfume anda sendiri. Kami fokus dalam bidang import/export pati minyak wangi dari Eropah dan botol minyak wangi. Target market kami seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
KEPAKARAN KAMI
Berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang wangian, perfume inspired kami hasilkan sangat berkualiti tinggi. Perfume dihasilkan seakan bau perfume original, tahan lama dan yang penting mesra solat. Kami juga menghasilkan perfume untuk artis, selebriti tempatan, syarikat dan individu.
SEJARAH
2010 : Bermula jualan perfume secara kecil-kecilan dari rumah. Secara online.
2012 : Kedai pertama mula dibuka berhadapan plaza borong GM Plaza, Chow Kit. Supply perfume Dubai secara borong. Market perfume Dubai tidak bertahan lama. Repeat order dari pemborong mula berkurang.
2013 : Menjual perfume original reject. Market perfume reject juga tidak bertahan lama kerana harga sangat mahal dan barang rosak semasa proses shipping.
2014 : 2 kali gagal bukan bermakna kami terus putus asa, dari situ kami tahu apa yang pelanggan mahukan dari Perfume. Pelanggan sukakan perfume yang tahan lama, boleh di bawa solat tetapi murah!! Kami memulakan production perfume Inspired. Raw material diimport dari Europe. Investment modal RM500,000 bagi membeli raw material dan botol perfume.
Misi kami bagi menghasilkan perfume berkualiti supaya pelanggan berpuas hati dan repeat order. Fokus kami adalah dari segi OEM perfume dan borong sahaja. Sepanjang 'Try & Error' bagi menghasilkan perfume berkualiti, banyak pati rosak dan terpaksa dibuang kerana bau dihasilan tidak memenuhi piawaan kami.
2015 - 2016 : Pelanggan mula berpuas hati dengan kualiti kami hasilkan. Ramai pelanggan mula branding kepada jenama minyak wangi sendiri. Repeat oder semakin tinggi. Perfume ditambah dari masa ke semasa.
2017 : Kami mula supply raw material untuk menghasilkan perfume. Kami menjual pati minyak wangi dan alkohol untuk menghasilkan minyak wangi serta bahan-bahan berkaitan untuk menghasilkan minyak wangi.